July 3, 2011

Peludah Warna.

“Kuasa gusar kini menggelegak murka; 
warna kuning diisytihar racun terbisa. 
Diragutnya baju-T segeram tenaga 
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain, 
menjadikannya panji terindah dan tulen. 
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu 
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas 
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas. 
Memanglah mereka kini peludah warna 
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa, 
kuasa pun seolah menjadi hartanya.”

- A. Samad Said 

4 comments:

redo amin said...

where u get this?...can show me the link?

.azwasyafiqah. said...

got it from someone's tumblr. didn't i post the link as well?

.azwasyafiqah. said...

Anyways just click on that listen here it'll bring you to the source plus you'll get to hear a.samad said reciting the poem ;)

redo amin said...

oooo ok2x....