June 4, 2011

Betapa Jahilnya Manusia.

betapa jahilnya manusia
suka mengata dan mencerca
benda kecil di laga laga
di jaja ke seluruh pelusuk dunia.

betapa jahilnya manusia
kata dijadikan senjata
kawan dijadikan lawan
ditindas sebegitu rupa.

betapa jahilnya manusia
menjadi lantang tidak kena masa
menjadi lantang pada isu biasa
menjadi lantang di belakang tabir sahaja.

betapa jahilnya manusia
isu yang besar, isu yang kritikal
dipandangnya sebelah mata
lidah terkelu, diam seribu bahasa.

betapa jahilnya manusia
bila wang dijadikan panduan
bila hati gelap kerana kemewahan
yang penting hanyalah diri sendiri
bukannya mereka.

betapa jahilnya manusia
ditapak tapakkannya saudara
dijaja jaja aibnya
hilang maruah, tergadai hidupnya
ah, mana aku kisah!

betapa jahilnya manusia
mengagung agungkan yang biasa
para cendekiawan di lupakannya
yang penting hanya fesyen sahaja.

betapa jahilnya manusia
betapa jahilnya manusia
betapa jahilnya manusia

takbur, riak, angkuh
kononnya punya kuasa
kononnya punya harta
kononnya punya rupa

tapi mereka lupa
dunia hanya sementara
ada saudara yang hidupnya masih lara
negara sudah porak poranda
bencana di sini sana

dan aku
aku hanya mampu menangis hiba
melihatkan mereka yang masih alpa

lupa
darah kita semua merah, pekat
sama

lupa
tanah yang dipijak
sama

lupa
langit yang dijunjung
sama

lupa
matinya kita nanti
kembali kepada Pencipta
yang sama

lupa semua
hilang segala
jahilnya manusia

tangisnya mereka kerana rancangan Korea
tapi tidak pula mereka tangisi
nasib saudara yang hilang nyawa
di seberang sana.

No comments: